Pengharapan .

"Pencarian dalam kegelapan bagi mencari sirna kehidupan. Sering mengejar sesuatu yang tidak pasti  lantas diri hampir terkandas jauh dari jalan kebenaran."  

Manusia sering terlena dek kerana Tarbiyah hati sering dilupakan. Cahaya mengejar Ilahi semakin malap. Itu yang diri ini alami. Aku sering rasakan diri ini lemah dan kosong. Meraba dalam kesamaran cahaya yang semakin malap. Namun Dia MAHA MENGETAHUI. Lalu membawa aku pergi jauh daripada kebingungan. Aku bersyukur. Namun aku mengerti bahawa rasa syukur sahaja tidak cukup untuk membalas pemberianNYA...

Namun aku tahu yang Dia tahu bahawa hambaNya ini ikhlas meluahkan segalanya. Dalam tenggelam dan sentiasa berlari mengejar Cita dan melalalui kehidupan IB yang semakin menyesakkan. Ku harap diri ini terus tabah dan terus mencari redha Ilahi bersama rakan-rakan yang dicintai.

Semoga kehidupan yang penuh dengan cabaran ini , semakin hari semakin disinari dengan kalam suci dan Cinta daripada Allah yang Esa.

0519am :)
New post.new person.new chapter of mylife.
Insya-Allahuataala. 
#May Allah ease our day and makes our life full of happiness and loves.Allah's blessing is my everything.